AM

PENANG SMART PARKING DIJANGKA BEROPERASI SEPERTI BIASA 6 PAGI ESOK

19/01/2022 07:39 PM

GEORGE TOWN, 19 Jan -- Sistem parkir pintar Penang Smart Parking (PSP), yang mengalami masalah teknikal hari ini, dijangka beroperasi seperti biasa pada pukul 6 pagi esok.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat HeiTech Padu Bhd yang membangunkan aplikasi itu, memohon maaf kepada pengguna atas sebarang kesulitan yang dihadapi dan syarikat tersebut telah mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu ini.

“Rekod e-dompet pengguna telah dipulihkan dan kami menjangkakan semua urus niaga akan beroperasi seperti biasa pada pukul 6 pagi esok,” menurut syarikat tersebut.

PSP merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menggantikan sistem kupon dengan kesemua pembayaran dilakukan menerusi aplikasi telefon pintar di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang diperkenalkan sejak 2019.

Ribuan pengguna aplikasi tersebut terkejut apabila mendapati baki akaun dalam e-dompet bertukar menjadi RM4.40 hari ini disebabkan oleh masalah teknikal, walaupung baki amaun mereka adalah lebih tinggi sebelum ini.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan