AM

KPWKM SEDIA BENTANG RUU ANTIGANGGUAN SEKSUAL UNTUK BACAAN KALI KEDUA

11/01/2022 07:11 PM

PUTRAJAYA, 11 Jan  -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membuat persiapan rapi dan bersedia membentangkan Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual pada mesyuarat Parlimen bagi penggal kelima yang dijangka bersidang bermula 28 Feb hingga 24 Mac depan.

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata rang undang-undang itu seiring dengan agenda kerajaan untuk mempertingkatkan kesejahteraan dan keselamatan dalam menangani ketidaksamaan gender.

Beliau berkata bagi tujuan penggubalan rang undang-undang tersebut, KPWKM telah menubuhkan Pasukan Projek Khas (SPT) membabitkan agensi kerajaan antaranya Kementerian Dalam Negeri,  Kementerian Luar Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ahli akademik dan badan bukan kerajaan yang memiliki kepakaran, pengetahuan serta pengalaman luas berkenaan gangguan seksual.

“Segala pandangan, maklum balas dan cadangan yang diberikan oleh ahli SPT semasa proses perbincangan dan libat urus amatlah dihargai. Mereka merupakan penggerak utama dalam proses penggubalan rang undang-undang ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya penggubalan rang undang-undang itu telah bermula sejak 2019 sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat bagi bacaan kali pertama pada 15 Dis lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan