AM

COVID: KES BAHARU TURUN, 2,888 KES DILAPOR HARI AHAD - KP KESIHATAN

09/01/2022 08:20 PM

KUALA LUMPUR, 9 Jan  -- Kes baharu COVID-19 di Malaysia menunjukkan penurunan dengan merekodkan 2,888 kes hari ini, berbanding 3,251 kes semalam, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata perkembangan itu menyumbang kepada 2,786,219 kes kumulatif hari ini, manakala dilaporkan sebanyak 2,714 kes sembuh menjadikan keseluruhan kes sembuh 2,714,614 direkodkan dalam tempoh sama,

“Daripada 2,888 kes harian dilaporkan hari ini, sebanyak 36 kes atau 1.2 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 2,852 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 248 kes, sementara 117 kes memerlukan bantuan pernafasan dan terdapat satu kluster baharu turut dikesan hari ini,” katanya menerusi kenyataan mengenai perkembangan wabak itu, hari ini.

Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kini pada 0.97 dengan Labuan merekodkan nilai tertingi iaitu 1.12 dan 1.06 bagi Sabah. 

Mengenai banjir, Dr Noor Hisham berkata setakat 3 petang tadi, KKM mengesan tiga lagi kes positif dalam kalangan mangsa banjir, menjadikan jumlah keseluruhan kini 469 kes.

Katanya, KKM turut mengesan sembilan penyakit berjangkit melibatkan mangsa bencana itu merangkumi lapan kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) dan satu kes penyakit kulit.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan