DUNIA

Empat terbunuh, ramai mangsa terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di India

01/01/2022 10:30 PM

NEW DELHI, 1 Jan  -- Empat orang terbunuh dan ramai mangsa terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di kawasan perlombongan di negeri Haryana di utara India pada Sabtu.

Usaha sedang dijalankan untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap.

"Setakat ini empat orang telah meninggal dunia," kata Menteri Dalam Negeri Anil Vij dalam ciapan Twitter.

Beberapa trak sampah dan peralatan lain tertimbus selepas berlaku tanah runtuh di daerah Bhiwani.

"Amat berdukacita dengan kemalangan tanah runtuh di zon perlombongan Dadam di Bhiwani. Saya sentiasa berhubung dengan pentadbiran tempatan untuk memastikan operasi menyelamat  yang pantas dan bantuan segera kepada mangsa yang cedera," ciap Ketua Menteri Haryana Manohar Lal Khattar.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan