AM

COVID: 3,386 kes baharu dilaporkan, menurun berbanding semalam - KP Kesihatan

01/01/2022 07:35 PM

KUALA LUMPUR, 1 Jan  -- Sebanyak 3,386 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kini 2,761,472.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, 46 kes (1.4 peratus) adalah Kategori Tiga, Empat dan Lima, manakala 3,340 kes (98.6 peratus) lagi adalah Kategori Satu dan Dua.

Beliau memaklumkan kes harian itu melibatkan 3,040 kes penularan tempatan dan 346 kes import, sementara 3,547 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kes sembuh kumulatif kini 2,688,925. 

“Kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 273 dan 159 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata lima lagi kluster baharu dikesan menjadikan jumlah kluster aktif kini 215  manakala kadar kebolehjangkitan (Rt) di negara ini ialah 0.98 setakat semalam.

Mengenai kes COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir, beliau berkata setakat hari ini, 15 kes positif direkodkan melibatkan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) dengan tiada kes baharu hari ini, manakala jumlah keseluruhan mangsa banjir positif wabak itu adalah 451 orang, termasuk tujuh kes baharu hari ini.

Katanya tiada pertambahan kluster baharu yang dilaporkan melibatkan mangsa banjir di PPS.

Katanya terdapat tujuh kes penyakit berjangkit dikesan melibatkan mangsa banjir hari ini, merangkumi jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) sebanyak empat kes, penyakit kulit (2) dan Acute Gastroenteritis (AGE) (1).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan