EKONOMI

Salutica tutup kawasan pengeluaran selepas pekerja positif COVID-19

24/08/2021 03:09 PM

KUALA LUMPUR, 24 Ogos  -- Pengeluar elektronik berpangkalan di Ipoh, Salutica Bhd telah menutup kawasan pengeluarannya selepas beberapa pekerja pengeluarannya positif dijangkiti COVID-19. 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata kawasan yang terjejas telah ditutup untuk tujuan pembersihan dan sanitasi yang menyeluruh, sementara pekerja pengeluaran yang dijangkiti telah dikuarantin sewajarnya.  

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara untuk memastikan keselamatan pekerja kami,” katanya.

Setakat ini, Salutica berkata lebih 60 peratus tenaga kerjanya telah divaksinasi sepenuhnya di bawah Program Imunisasi. Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS).

Syarikat itu berpengkhususan dalam mereka bentuk, membangun dan mengeluarkan pembangunan produk elektronik pengguna dan perniagaan seperti set kepala stereo Bluetooth, jam pintar dan panduan cahaya ketepatan untuk sistem skrin sentuh optik.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan