AM

MRC ANJUR PROGRAM VAKSINASI COVID-19

07/08/2021 07:21 PM

KUALA LUMPUR, 7 Ogos -- Majlis Getah Malaysia (MRC) dengan kerjasama Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina hari ini menganjurkan Program Outreach Vaksinasi COVID-19 di Terengganu, Melaka, Kedah, Selangor, dan Kelantan bagi membantu Kementerian Kesihatan (KKM) meluaskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Dalam satu kenyataan hari ini MRC berkata program itu adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya, dalam menyokong matlamat KKM mencapai imuniti kelompok di samping melindungi orang ramai daripada jangkitan COVID-19, dan mengurangkan kes positif jangkitan menerusi liputan imunisasi yang luas.

Sehingga kini 13 program outreach COVID-19 dijalankan di bawah program itu di beberapa masjid terpilih, yang memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada 4,452 penerima di Terengganu, Kelantan dan Melaka.

"Sejumlah 2,196 dos vaksin diberikan kepada penduduk di daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Kemaman, Manir dan Dungun di Terengganu, 1,260 dos kepada penduduk sekitar Serkam, Kampung Asahan dan Krubong di Melaka, diikuti 996 dos kepada penduduk di Kota Bharu, Kelantan," menurut kenyataan itu.

MRC berkata program berkenaan dijanka akan diteruskan sehingga dos kedua lengkap diberikan pada 28 Ogos dan akan dijalankan di lain-lain daerah, termasuk sekitar Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

Menurutnya program itu juga akan dilaksanakan di lain-lain negeri seperti Selangor dan Kedah sebaik sahaja MRC menerima kebenaran dan kelulusan daripada Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. 

MRC seterusnya merancang untuk melaksanakan program vaksinasi COVID-19 bagi semua pekerja di bawah industri getah, dan kini menunggu kelulusan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Iniovasi.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan