AM

Seluruh warga pengajian tinggi divaksin menjelang Oktober

06/08/2021 05:15 PM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos -- Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) bersetuju untuk memberi vaksin kepada seluruh warga pengajian tinggi menjelang Oktober depan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Noraini berkata pemberian vaksin yang dijalankan secara berperingkat itu adalah sebagai usaha untuk mewujudkan gelembung kampus di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Dengan usaha ini, lebih ramai pelajar dapat kembali ke kampus secara berfasa dan menjalani Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) secara hibrid,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Noraini berkata langkah berkenaan merupakan sebahagian daripada Pelan Pemulihan IPT (PEMULIH IPT) yang sedang dirangka oleh kementerian itu.

“Dalam PEMULIH IPT, beberapa strategi dan SOP (prosedur operasi standard) sedang diperincikan bagi menentukan keadaan  mereka yang sudah divaksin selamat untuk berinteraksi sesama sendiri, dalam kelompok yang telah divaksin,” katanya.

Noraini berkata KPT juga sedang memperhalusi langkah-langkah kawalan dalam mengekang penularan virus COVID-19 di IPT.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan