BERITA TERGEMPAR   Malaysia and ASEAN should continue to engage, attract investors from the United States, Europe and China without being forced to take sides -- PM Anwar | 
 AM

PKPD di sembilan lokaliti melibatkan Sabah, Terengganu dan Pahang - Hishammuddin

03/08/2021 06:55 PM

KUALA LUMPUR, 3 Ogos -- Sembilan lokaliti melibatkan Sabah, Terengganu dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 5 Ogos hingga 18 Ogos depan, kata Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. 

Beliau dalam kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) hari ini berkata empat lokaliti yang dikenakan PKPD di Sabah ialah Kampung Banjar di Keningau; Kem 3 Sibulu di Tenom; Penampang Baru, Penampang dan Depot Tahanan Imigresen Tawau. 

"Tiga lokaliti di Terengganu yang dikenakan PKPD ialah Taman Rakyat Bestari Fasa 1 hingga 4 dan Rumah Awam Kos Rendah 1 dan 2 di Bukit Kuang, Mukim Telok Kalong, Kemaman serta lokaliti Mukim Manir di Kuala Terengganu.

Turut dikenakan PKPD ialah dua lokaliti di Pahang iaitu Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam serta Felda Krau 1, Mukim Gali di Raub,” katanya.

Menurut Hishammuddin lagi, pelanjutan PKPD dilaksanakan di Kampung Bintawa Hilir, Kuching, Sarawak bermula esok hingga 17 Ogos selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.

Beliau turut mengumumkan penamatan PKPD bagi 13 lokaliti di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa esok. 

Di Sarawak, lokaliti yang terlibat ialah Kampung Sungai Tapang di Kuching manakala di Sabah, penamatan ini melibatkan Kampung Guruh-Guruh, Sipitang; Kilang Papan Lusera Telipok, Kampung Mogiding Malawa dan Kuarters Pekerja Progressif Perwira, Kampung Sinulihan serta University Utama Kondominium Fasa 2 di Kota Kinabalu, katanya. 

Selain itu, lokaliti di Sabah yang ditamatkan PKPD ialah Kampung Air dan Kampung Bokara di Sandakan; Kampung Sri Menanti di Tawau dan empat perkampungan di Pulau Gaya, Kota Kinabalu iaitu Kampung Pondo, Kampung Kasuapan, Kampung Lok Urai serta Kampung Pulau Gaya.

Mengenai tindakan ke atas pihak yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) semalam, beliau berkata, 60 premis diarahkan tutup serta-merta dan 215 individu dikompaun.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan