MELAKA, 5 Julai -- Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Melaka ditutup sementara mulai hari ini hingga 12 Julai.
LHDN dalam satu kenyataan hari ini berkata penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan di bangunan berkenaan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan, boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000/ 03-89111000 (Luar Negara) dan HASiL Live Chat.
"Selain itu mereka boleh mendapatkan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
© 2025 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan