SHAH ALAM, 1 Julai -- Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang Chua Wei Kiat dilantik sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor yang baharu, berkuat kuasa semalam.
Setiausaha AMK Malaysia Syukri Razab berkata Chua yang juga Ketua AMK Selayang menggantikan Najwan Halimi yang dipecat daripada jawatan itu pada 28 Jun lepas.
“Pelantikan itu adalah hasil rundingan antara Ketua AMK Malaysia Akmal Nasir bersama ketua-ketua AMK Cabang Negeri Selangor pada 29 Jun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini.
Syukri berkata jawatankuasa penuh AMK Negeri akan diumumkan oleh Chua setelah proses perbincangan dibuat bersama ketua-ketua AMK Cabang Negeri Selangor.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial