AM

Zamani Ahmad dilantik Datuk Bandar Shah Alam kesembilan

15/06/2021 09:03 PM

SHAH ALAM, 15 Jun -- Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan) Datuk Zamani Ahmad Mansor dilantik sebagai Datuk Bandar Shah Alam yang kesembilan, berkuat kuasa semalam.

Zamani Ahmad, 50, menggantikan Datuk Haris Kasim, yang kini bertugas sebagai Pegawai Kewangan Negeri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam kenyataan memaklumkan majlis angkat sumpah berlangsung di Dewan Perbandaran, Wisma MBSA hari ini yang turut dihadiri Timbalan Datuk Bandar Mohd Rashidi Ruslan dan wakil Ahli Majlis MBSA.

Menurut MBSA, Zamani Ahmad memulakan tugas dalam perkhidmatan awam pada 1996 di Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi sebelum berkhidmat di Kementerian Pengangkutan (1997), Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor (2001), Kementerian Pertahanan, Bahagian Khidmat Negara (2003), Bahagian Keselamatan Negara (2004), Majlis Keselamatan Negara (2007) dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (2008).

"Seterusnya pada 2009, beliau berkhidmat di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (2013), Majlis Perbandaran Kajang (2015) dan bertugas sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan) mulai 2018 sebelum dilantik sebagai Datuk Bandar Shah Alam berkuat kuasa 14 Jun 2021.

“Dengan pengalaman luas dan cemerlang di dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, pelantikan Zamani Ahmad sebagai Datuk Bandar Shah Alam kesembilan diharapkan dapat memacu MBSA sebagai pihak berkuasa tempatan yang cemerlang dan terunggul bukan sahaja di Selangor dan juga Malaysia malahan di persada antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan