KUALA LUMPUR, 11 Jun -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan menyerahkan siasatan ke atas penyedia perkhidmatan minyak terbesar di Norway, Aker Solutions kepada pihak berkuasa atas dakwaan bahawa syarikat tersebut membuat pernyataan palsu mengenai urus niaganya dengan syarikat minyak nasional itu.
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata pihaknya tidak berada dalam kedudukan untuk memberikan apa-apa kenyataan dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkaitan, berikutan dakwaan itu kini di bawah bidang kuasa pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut laporan oleh Reuters, SPRM telah menyiasat dakwaan bahawa syarikat perkhidmatan minyak terbesar di Norway itu telah membuat pernyataan palsu untuk mendapat lesen daripada Petronas Carigali Sdn Bhd yang biasanya untuk syarikat yang memenuhi syarat kuota etnik berdasarkan undang-undang Malaysia.
Naib Presiden Kanan Aker Solutions Ahmad Hatta Kamaruzzaman hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan menipu dengan membuat pernyataan palsu yang melibatkan status pemilikan syarikat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial