AM

COVID-19: Talian khidmat pelanggan, kaunter aduan MCMC digantung sementara

11/01/2021 02:20 PM

KUALA LUMPUR, 11 Jan  -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggantung sementara perkhidmatan talian khidmat pelanggan dan kaunternya bermula hari ini hingga ke suatu tarikh dimaklumkan kelak. 

Menurut kenyataannya,  penggantungan itu yang melibatkan talian 1800 188 030 dan kaunter aduan di semua pejabat MCMC  dilaksanakan sebagai langkah keselamatan dan waspada susulan penularan COVID-19. 

Bagaimanapun orang ramai masih boleh menyalurkan aduan melalui https://aduan.skmm.gov.my, e-mel (aduanskmm@mcmc.gov.my) atau WhatsApp (016 – 220 6262) dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat). 

"MCMC sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan pihak awam serta pekerjanya. Segala kesulitan amat dikesali,” demikian menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan