AM

COVID-19: Ibu pejabat Perkeso ditutup sehingga Jumaat bagi proses sanitasi

16/12/2020 02:28 PM

KUALA LUMPUR, 16 Dis  -- Ibu Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta semua pejabat dan premis perniagaan di Menara Perkeso, Jalan Ampang ditutup bermula Isnin (14 Dis) hingga Jumaat ini bagi kerja-kerja nyahkuman dan sanitasi.

Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed memaklumkan ia berikutan seorang kakitangan yang bertugas di ibu pejabat agensi itu dijangkiti COVID-19.

"Kesihatan dan keselamatan kakitangan serta pelanggan menjadi keutamaan dan Perkeso akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengekang penularan pandemik itu bagi menjamin keselamatan pelanggan terjamin," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes ditangani dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh e-mel ke perkeso@perkeso.gov.my atau menghubungi pusat khidmat pelanggan (careline) Perkeso di talian 1300-22-8000.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan