EKONOMI

KWSP Klang ditutup sehari pada 10 Nov

09/11/2020 10:31 PM

KUALA LUMPUR, 9 Nov -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup pejabat dan kaunter cawangan Klang selama satu hari esok (10 Nov) untuk menjalankan kerja-kerja pembasmian kuman dan sanitasi.

Langkah itu diambil selepas salah seorang kakitangan di cawangan tersebut telah diuji positif COVID-19, beliau kini sedang menjalani rawatan.

''Anggota yang mempunyai temujanji di KWSP Klang yang dijadualkan pada 10 Nov 2020 diminta untuk memasuki kemudahan Janji Temu Online (www.kwsp.gov.my/janjitemu) bagi menjadualkan semula lawatan mereka. 

''Cawangan itu akan dibuka semula menjelang 11 Nov 2020, dari 9 pagi hingga 2 petang,'' katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kakitangan KWSP Klang yang dikenal pasti sebagai kontak rapat telah melalui ujian swab COVID-19, dan kini menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari mengikut garis panduan Majlis Keselamatan Negara.

Semua pekerja lain di cawangan berkenaan juga diarahkan untuk melalui ujian COVID-19.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan