KUALA TERENGGANU, 27 Sept -- Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan menyiasat dakwaan mengenai kebocoran maklumat dua nama pesakit COVID-19 yang tular di media sosial, sejak semalam.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata, pihaknya akan melakukan siasatan dan menegaskan bahawa semua kakitangan jabatan itu sangat menjaga kerahsiaan pesakit.
“Maklumat pesakit adalah sulit, jabatan akan menyiasat perkara tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sementara itu, dua pesakit yang disahkan positif COVID-19 di Terengganu mendakwa, mereka kecewa dan trauma apabila nama mereka tular di media sosial.
Kedua-dua individu tersebut menyatakan yang mereka tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis, berhubung perkara ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial