MADRID, 10 Ogos -- Kelab bola sepak Atletico Madrid pada Ahad mengesahkan dua individu yang dijadual berlepas ke Lisbon pada Isnin untuk menyertai suku akhir Liga Juara-Juara, didapati positif COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.
Kelab berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada individu itu membabitkan pemain atau kakitangan teknikal.
Mereka disahkan positif virus itu selepas menjalani ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) pada Sabtu.
Hasil ujian itu sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan Sepanyol dan Portugis, UEFA, Persekutuan Bola Sepak Sepanyol, Persekutuan Portugis dan Jawatankuasa Sukan Sepanyol.
Atletico akan menentang RB Leipzig dalam aksi suku akhir pada 13 Ogos.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial