EKONOMI

Jabatan Perangkaan keluarkan laporan "Evolusi Statistik Dalam Pembangunan Negara"

10/07/2020 04:24 PM

KUALA LUMPUR, 10 Julai -- Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan satu laporan baharu bertajuk ‘Evolusi Statistik dalam Pembangunan Negara’ yang memaparkan senario sosioekonomi negara yang berlaku dari 1970 hingga suku pertama 2020.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata laporan itu merangkumkan maklumat yang bermanfaat kepada pemegang kepentingan untuk melihat evolusi keadaan ekonomi dan sosial secara lebih holistik dalam tempoh 50 tahun.

"Pandemik COVID-19 telah memberi impak negatif kepada sosial dan ekonomi yang mana pasaran ekonomi mengalami kemerosotan mendadak seterusnya menjejaskan rantaian bekalan global. Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima kesan yang sama akibat pandemik tersebut.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemulihan semula ekonomi Malaysia telah menyaksikan peningkatan permintaan terhadap statistik ekonomi dan sosial oleh kerajaan dalam usaha meringankan cabaran dalam situasi semasa. 

Sementara itu, orang ramai juga berminat untuk mengetahui serta memahami situasi krisis ini dan membantu untuk meneruskan kehidupan.

“Justeru, bagi memenuhi keperluan statistik norma baharu, Jabatan Perangkaan sebagai penjana statistik rasmi negara, telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan laporan ini  yang merangkumi evolusi ekonomi dan sosial sebagai input untuk membantu perancangan dasar dan program untuk menangani krisis sosial dan ekonomi,” kata Mohd Uzir.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan