KANGAR, 13 Nov -- Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Perlis akan mula membuat pendaftaran pelajar baru Sesi Disember 2019 mulai 1 Dis 2019, kata Pengarahnya Abdul Malek Hassan dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata seramai 695 orang pelajar baru dijangka mendaftar PTSS bagi kemasukan Sesi Disember 2019 selain 15 orang pelajar kurang upaya (OKU) dijangka mendaftar dan menyambung pelajaran di peringkat Sijil Kemahiran Khas Hotel Katering di PTSS.
"Bagi pengambilan sesi ini PTSS menawarkan 13 program daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Perdagangan, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik," kata kenyataan itu.
Di samping itu, pihak PTSS turut melanjutkan Permohonan Secara WALK-IN bagi semua program seperti diatas kecuali program Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal dan Diploma Pengajian Video dan Filem kerana sudah memenuhi kuota pengambilan dan permohonan perlu dibuat sebelum atau pada 25 Nov 2019.
PTSS turut mengambil inisiatif membuka kaunter pendaftaran terbuka bagi pengambilan pelajar baharu PTSS bagi Sesi Disember 2019 di 15 Pusat Khidmat Rakyat DUN di seluruh negeri Perlis pada 19 Nov ini bermula pukul 10.00 pagi sehingga 2.00 petang.
Bagi pelajar yang telah mendapat tawaran kemasukan, sekiranya para pelajar dan ibubapa yang mempunyai kemusykilan berkaitan dengan Pendaftaran Pelajar Sesi Disember 2019, mereka boleh berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PTSS ditalian 04-9886204/6206/6207/6209.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial