PUTRAJAYA, 27 Sept -- Setiausaha Politik Menteri Pendidikan, Mahmood Kassim, membuat laporan polis hari ini berhubung tuduhan menerima sebuah kereta jenis Toyota Velfire daripada kontraktor seperti dilaporkan sebuah blog.
Mahmood membuat laporan polis itu berhubung laporan yang disifatnya sebagai fitnah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini.
Katanya beliau turut mengemukakan beberapa dokumen bukti pembelian kereta terbabit, ketika membuat laporan tersebut.
Beliau juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung laporan blog itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial