KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- RAM Holdings Bhd telah melantik Lee Wai Kit sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulannya dan Promod Dass sebagai timbalannya.
Dalam kenyataan, katanya Lee yang menyertai kumpulan itu pada 1993, juga telah dilantik sebagai pengarah eksekutif RAM Holdings dan RAM Rating Services Bhd.
“Beliau menerajui RAM Consultancy Services Sdn Bhd sehingga 31 Dis tahun lepas. Sepanjang lapan tahun lepas, Lee memainkan peranan utama dalam membangun dan melaksanakan hala tuju strategik RAM Group, sambil mengawasi tanggungjawab operasi utama, termasuk menonjolkan syarikat ke penarafan lestari dan pendapat kedua bagi bon hijau,” tambahnya.
Promod, yang sebelum ini merupakan timbalan CEO RAM Ratings, mempunyai 23 tahun pengalaman dalam industri perkhidmatan kewangan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial