DUNIA

OIC akan adakan mesyuarat tergempar mengenai Palestin

11/09/2019 07:23 PM

JEDDAH, 11 Sept -- Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat tergempar dalam waktu terdekat untuk membincangkan mengenai kenyataan Perdana Menteri Israel yang mahu mengilhakkan Lembah Jordan, lapor agensi berita Anadolu. 

Pada Selasa Netanyahu mencetuskan kontroversi menerusi ucapannya semasa mengadakan kempen pilihan raya. 

Netanyahu berkata Israel akan memberikan kedaulatan ke atas Lembah Jordan dan penempatan lain di Tebing Barat andai beliau memenangi pilihan raya yang akan diadakan pada 17 September itu.

Setiausaha Agung OIC Yousef bin Al-Othaimeen mengutuk sekeras-kerasnya hasrat Netanyahu itu.

Katanya, "kenyataan berbahaya ini adalah satu lagi pencerobohan terhadap hak rakyat Palestin".

Beliau berkata mesyuarat berkenaan akan membincangkan mengenai langkah politik dan undang-undang yang mungkin boleh diambil untuk menentang  pencerobohan baharu oleh rejim zionis itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan