EKONOMI

Sime Darby lantik Abdul Rahman Ahmad sebagai Pengerusi baharu

28/08/2019 02:49 PM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos -- Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Permodalan Nasional Bhd (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad, dilantik sebagai Pengerusi Sime Darby Bhd (Sime Darby) berkuat kuasa 31 Okt, 2019.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Sime Darby berkata pengerusinya pada masa ini, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah akan bersara daripada lembaga pengarah syarikat pada 31 Okt, 2019 berikutan masalah kesihatan.

Abdul Rahman akan menyertai Sime Darby sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutif pada 1 Sept, 2019 sebelum menjawat jawatan pengerusi.

“Kami bersedia bagi peralihan lancar kepimpinan lembaga pengarah di bawah hala tuju Abdul Rahman,” kata GCEO Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson.

Sime Darby merupakan antara syarikat strategik utama PNB dengan PNB memiliki 52 peratus kepentingannya.

Abdul Rahman ialah bekas pengarah dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Ekuiti Nasional Bhd, firma ekuiti swasta berkaitan kerajaan.

Sebelum menyertai Ekuinas, beliau merupakan pengarah urusan kumpulan dan CEO Media Prima Bhd, kumpulan pelaburan media bersepadu terkemuka selain menjadi pengarah urusan kumpulan dan CEO Malaysian Resources Corporation Bhd, konglomerat Malaysia terkenal.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan