AM

Karnival Lenggong tawar diskaun saman trafik

08/07/2019 04:13 PM

GERIK, 8 Julai (Bernama) -- Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik akan membuka kaunter semakan serta bayaran saman sempena Karnival Lenggong di Dataran Lenggong Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata kaunter yang dibuka mulai pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang itu menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi bayaran saman yang layak mendapat pengurangan. 

Beliau bagaimanapun meminta orang ramai yang ingin mendapatkan diskaun itu agar membuat semakan awal terlebih dahulu di Balai Polis Trafik berhampiran atau secara dalam talian tentang butiran saman yang boleh mendapat diskaun.

Katanya saman kemalangan, saman berstatus NC (No Compoundable), saman berstatus waran tahun semasa, saman dalam perbicaraan, saman Ops Selamat tahun semasa serta saman berstatus mahkamah dan saman berkaitan lori tidak layak mendapat diskaun.

“Semua penduduk Lenggong dan orang ramai boleh mengambil peluang keemasan ini untuk membayar saman masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan