AM

Tiada tawaran rasmi Maju Holdings ambil alih PLUS - Baru Bian

02/07/2019 05:43 PM

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata kementeriannya tidak menerima sebarang tawaran rasmi daripada Maju Holdings Sdn Bhd (Maju Holdings) untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd (PLUS).

“Bagi saya kementerian tidak terima sebarang cadangan secara rasmi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas laporan media berhubung syarikat berkenaan mengemukakan tawaran baharu untuk mengambil alih PLUS.

Maju Holdings yang dikuasai ahli perniagaan Tan Sri Abu Sahid Mohamed dilapor pernah membuat tawaran sebanyak RM36 bilion untuk mengambil alih PLUS pada 2017.

Kementerian Kewangan ketika itu berkata kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk melepaskan pegangan dalam PLUS kepada Maju Holdings dan memandang serius kedudukan kewangan serta kemampuan entiti persendirian seperti Maju Holdings untuk membiayai cadangan pengambilalihan korporat itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan