AM

Balak ditebang secara haram dirampas di Jalan Narasit

20/06/2019 01:56 PM

SIBU, 20 Jun (Bernama) -- Sebanyak 90 batang balak pelbagai saiz dan spesies yang dipercayai ditebang secara haram dirampas dalam satu serbuan di sebuah kolam kayu di Jalan Narasit, Bintangor semalam.

Serbuan oleh anggota dan pegawai Cawangan Risik Batalion Ke-10 Pasukan Gerakan Am Sibu, penguat kuasa Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dan anggota penguat kuasa Unit Keselamatan Dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) pada 10 pagi Rabu itu turut merampas sebuah jengkaut.

“Nilai keseluruhan rampasan semasa serbuan mengejut hasil maklumat awam itu dianggarkan sebanyak RM282,500,” kata Pegawai Pemerintah BN10 Supt Sanudin Md Isa pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan. 

"Ketika diminta mengemukakan dokumen berkaitan dengan aktiviti pembalakan di kawasan tersebut, lelaki itu gagal berbuat demikian," katanya lagi.

Kayu balak itu dipercayai untuk dijual ke kilang-kilang kayu di sekitar kawasan Sibu. 

Kes disiasat di bawah Akta Ordinan Hutan Sarawak 2015 dan kesemua rampasan dan tangkapan diserahkan kepada pihak Jabatan Hutan Bahagian Sibu untuk tindakan lanjut. 

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan