KOTA KINABALU, 29 Mei (Bernama) -- Kehangatan sambutan Tadau Kaamatan semakin terasa apabila beberapa rumah tradisional sukukaum di Sabah mula dihiasi dengan usahawan kraftangan kampung yang mengambil peluang menjual hasil kraftangan mereka sempena Sambutan Kaamatan pada 30 hingga 31 Mei ini.
Seorang penjual kraftangan dari Kampung Kemabung Tenom Joyce Ondolok berkata dia mula menjual sejak 28 Mei menjual dan mempromosikan kraftangan sukukaum Murut Tenom seperti manik,anyaman dan pakaian tradisi suku kaum Murut.
Sementara itu seorang lagi penjual kraftangan dari Kota Marudu Rogayah Timbuong,53, berkata setiap bulan Mei dia tidak melepaskan peluang menjual di rumah tradisional sukukaum Rungus.Antara yang dia jual manik Rungus dan anyaman.
Setiap bulan Mei Pusat Kebudayaan Persatuan KadazanDusun Sabah (KDCA) menjadi tumpuan orang ramai untuk menyaksikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri.
--- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial