KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) – Sejumlah 631,587 ketua isi rumah (KIR) di seluruh negara telah berdaftar di bawah Sistem eKasih sehingga 28 Februari lalu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) Datuk Dr Md Farid Md Rafik berkata daripada jumlah itu sebanyak 55, 981 KIR adalah di bawah kategori miskin tegar.
“Selain itu, 134,553 KIR di bawah kategori miskin manakala seramai 441,053 KIR adalah di bawah kategori 'terkeluar' (kategori lebih baik). Data di dalam eKasih adalah bersifat dinamik dan sentiasa berubah dari semasa ke semasa,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.
--BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial