KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Kerajaan masih belum melaksanakan sebarang pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) baharu dengan menggunakan peruntukan kerajaan ketika ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata setakat 1 Mac 2019, sebanyak 45 kamera telah beroperasi iaitu 29 kamera peraturan had laju dan 16 kamera peraturan lampu isyarat di Semenanjung Malaysia. “Kesemua kamera Sistem
Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang terlibat telah dipasang di bawah kontraktor terdahulu dan kos pemasangan bagi kamera adalah ditanggung oleh kedua-dua syarikat sebelum ini dan tidak nyatakan terperinci kos pemasanganya,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial