KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Hobi menunggang basikal imbang atau Push Bike kini mendapat tempat bagi kalangan ibu bapa untuk beriadah dan mengasah bakat anak-anak mereka seawal usia dua tahun, dalam bidang sukan lumba basikal.
Push bike digunakan sebagai latihan awal untuk kanak-kanak belajar mengimbangi basikal dua roda sebelum menggunakan pengayuh.
Antara kebaikan hobi ini kanak-kanak didedahkan dengan gaya hidup sihat dimana mereka sentiasa bersukan. Push bike dibina tanpa pedal pengayuh, maka pengguna perlu menggerakkannya menggunakan kedua-dua belah kaki.
Pada masa yang sama banyak komuniti ataupun kelab yang memberikan sokongan untuk mengajar kanak-kanak ini berlatih dan mengadakan pertandingan pada setiap ketegori.
Pendedahan pada peringkat awal, kanak-kanak ini dapat memupuk semangat bersaing secara sihat, membina keyakinan diri, menghargai masa dan mengeratkan silaturahim sesama anggota kelab.
Ikuti catatan video sebanyak tiga siri daripada Bernama Digital Journal oleh wartawan foto Mazlan Samion yang disiarkan melalui Bernama.com dan di Facebook Bernama official.
—BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial