PUTRAJAYA, 12 Dis (Bernama) -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dibawa keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada kira-kira 7.35 pagi ini bagi menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Arul Kanda dibawa dengan menaiki kereta Honda Odyssey dalam konvoi empat buah kereta yang keluar dari ibu pejabat SPRM yang didahului oleh kenderaan polis. Konvoi berkenaan diiringi polis trafik.
Kenyataan SPRM pada Selasa menyebut Arul Kanda dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa hari ini berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.
Arul Kanda hadir ke ibu pejabat SPRM pada 9.30 pagi semalam sebelum ditahan.
Pada 25 Nov lepas, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad mendedahkan laporan akhir audit 1MDB diubah dan Najib tahu mengenai perkara itu.
Madinah turut mendedahkan dua perkara penting digugurkan dalam laporan itu ialah kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB serta status kewangan 1MDB.
— BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial