AM

Terokai pengalaman telekomunikasi di Muzium Telekom

07/12/2018 04:30 PM

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Muzium Telekomunikasi Negara atau Muzium Telekom terletak di antara Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja, Kuala Lumpur.

Bangunan bercirikan seni bina Greek yang tersergam indah di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur itu dibina pada tahun 1928 menempatkan ibu sawat Telefon Manual jenis Central Battery.

Muzium itu dibuka kepada umum pada 1994 dan diwartakan sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan pada 2009.

Terdapat 4 galeri dalam muzium ini iaitu galeri Pra-sejarah, galeri Permulaan Telekomunikasi, galeri Pra dan Pasca Kemerdekaan, serta galeri Era Moden yang memberi pengalaman jalur lebar berkelajuan tinggi.

Ia memaparkan pameran yang unik dan menarik mengisarkan tentang kewujudan dan masa depan telekomunikasi di Malaysia.

Pelbagai alat komunikasi terdahulu juga dipamerkan antaranya telefon, telefon awam dan mesin teleprinter.

Selain itu, pengunjung juga boleh mempelajari asal usul komunikasi, kepentingan daripada segi sejarah dan kemasyarakatan serta sumbangannya dalam membantu membangunkan Malaysia.

Muzium itu dibuka setiap hari pada bermula 9 pagi - 5 petang dan ditutup pada cuti umum.

Pemegang Mykad dewasa dikenakan bayaran RM6, manakala RM3 bagi kanak-kanak.

Tiket kemasukan bagi pelancong luar berharga RM11 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak).

 

Ikuti video Bernama.com untuk maklumat lanjut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan