SUKAN

Dik Wan - Lelaki luar biasa dimiliki Malaysia

12/10/2018 01:59 PM
Daripada Mohd Shukri Ishak

JAKARTA, 12 Okt ( Bernama) -- Siapa tahu ketika Dik Wan melakukan lompatan memecah rekod Asia di Sukan Para Asia 2018, lelaki luar biasa itu sedang kesakitan yang teramat.

Bagi jurulatih para atlet negara, Jaganathan Ramasamy:" Dua belas tahun saya melatihnya, sudah seperti anak sendiri, ketika itu saya hanya mampu berdoa,".

Mohamad Ridzuan Puzi yang membahasakan dirinya Dik Wan itu meraih tiga emas pasa Sukan Para Asia ' acaraa 100m T36, 400m T36 dan lompat jauh T36.

"Selepas Dik Wan mencatat (rekod baharu dunia) masa 11.87 saat dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy), sekaligus memadam rekod terdahulu 11.90 saat yang dicipta atlet Rusia, Evgenii Shvetcov pada Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di Lyon, Perancis pada 2013, dia mengalami kecederaan "hamstring dan groin", kata Jaganathan.

Dik Wan ketepikan kesakitan, tetap berlari untuk negara dan meraih pingat emas dalam acara 400m lelaki T36 dengan catatan masa 59.36 saat

"Kecederaan makin teruk, ada urat saraf yang putus, pagi semalam, jam 11.30 pagi, dia ketuk bilik saya, dia kata dia mahu juga sertai acara lompat jauh T36.

"Doktor yang memeriksanya menasihatkannya supaya tidak sertai acara itu kerana bimbang kecederaannya boleh menjadi semakin teruk, tapi dia tetap mahu bertanding," katanya.

Jaganathan berkata, tanpa sebarang latihan sebagai persiapan untuk acara lompat jauh, Dik Wan turun ke gelanggang semalam dan berjaya meraih emas.

Malah dia juga berjaya melakarkan rekod baharu Asia dengan catatan 5.49m.

Dik Wan ketika ditemui Bernama dan memaklumkan bahawa kedua ibu bapanya yang sedang menunaikan umrah, turut mendoakan kejayaannya di Jakarta, terus sebak.

"Terima kasih mak, ayah (kerana) doakan Dik Wan," .

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan