AM

Jenazah bekas MB Sgor Abu Hassan selamat dikebumi

09/09/2018 10:15 PM

SHAH ALAM, 9 Sept (Bernama) -- Jenazah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Dr Abu Hassan Omar selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, di sini, kira-kira pukul 2.30 petang hari ini.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke majlis pengebumian itu.

Turut hadir Menteri Besar Amirudin Shari dan ratusan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan Allahyarham.

Abu Hassan, 77, meninggal dunia kira-kira 8.05 malam tadi di sebuah hospital swasta di sini akibat serangan jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Puan Sri Wan Nor Daud, empat anak, 15 cucu dan seorang cicit.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, anak lelaki tunggal Allahyarham, Mohamed Hazali, 44, berkata arwah ayahnya bercadang menghadiri upacara doa selamat bersama anggota keluarganya sebelum kematiannya.

"Dari segi politik, arwah ayah sambung khidmat bakti kepada masyarakat selain memainkan peranan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas," katanya dan menambah jawatan terakhir yang disandang Abu Hassan sebelum bersara sepenuhnya ialah sebagai Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia Selangor.  

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan