AM

Dr Mahathir tertarik dengan inovasi, kecanggihan teknologi pertanian China

21/08/2018 05:29 PM

Daripada Jamaluddin Muhammad

BEIJING, 21 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang melakukan lawatan rasmi lima hari di  China, pada Selasa melawat Akademi Sains Pertanian China  di sini untuk mengetahui lebih banyak tentang inovasi dan kecanggihan teknologi China.

Pada lawatan itu, Dr Mahathir turut menunjukkan minat mendalam terhadap penyelidikan yang dijalankan oleh organisasi berpaksikan inovasi itu.

Penyelidikan yang dijalankan akademi itu, antara lain, menumpukan usaha menangani masalah strategik dan penting  yang dihadapi oleh sektor pertanian.

Menerusi  penyelidikan, akademi itu mengeluarkan pelbagai varieti tanaman baharu dan racun serangga, dan juga mewujudkan bank stem sel bijian untuk mengeluarkan pelbagai variasi tanaman pertanian.

Dr Mahathir kemudiannya melawat Taman Sains Pertanian & Teknologi Inovasi di sini yang mempamerkan pertanian moden dan berteknologi tinggi.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan