Lelaki Myanmar Maut, Isteri Cedera Diserang

01/06/2026 10:00 AM

BUKIT MERTAJAM, 1 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki warga Myanmar maut manakala isterinya cedera selepas diserang seorang rakan senegara dalam kejadian di Taman Belibis, Simpang Ampat, di sini semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata susulan itu, polis menahan seorang lelaki Myanmar berusia 38 tahun bagi membantu siasatan.

“Dalam kejadian itu, mangsa lelaki berusia 31 tahun meninggal dunia dipercayai akibat ditikam manakala wanita berumur 26 tahun yang juga warga Myanmar mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke HSJ untuk dibedah siasat manakala siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan