MERSING, 22 Mei (Bernama) -- Seorang guru ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual membabitkan seorang murid sekolah di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata suspek lelaki berusia 31 tahun itu ditahan pada 5.50 petang, susulan laporan diterima berkaitan kes melibatkan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun di sebuah sekolah.
"Turut dirampas sebuah telefon bimbit dan siasatan masih di peringkat awal," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata suspek direman lima hari bermula hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (d) bagi Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial