Bekas Pembantu Khas Ahli Parlimen Antara Tiga Individu Akan Didakwa Esok - SPRM

10/05/2026 06:24 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa seorang bekas pembantu khas Ahli Parlimen di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.

SPRM dalam jemputan medianya memaklumkan lelaki berkenaan akan didakwa pada 8.30 pagi di mahkamah berkenaan.

Pada Mac tahun lepas,  SPRM memaklumkan pihaknya menahan reman bekas pembantu khas Ahli Parlimen itu bagi membantu siasatan berhubung perolehan papan pintar oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan pada 14 Nov 2024.

SPRM turut memaklumkan seorang pakar pelaburan dan kewangan Islam bergelar Tan Sri antara dua pengarah syarikat yang dijangka turut didakwa di mahkamah sama, esok.

Lelaki bergelar Tan Sri itu dan seorang lagi individu akan didakwa pagi esok.

Pada Januari lepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang disyaki menipu wang pelabur membabitkan kerugian lebih RM300 juta sejak dua tahun lepas.

Beliau berkata seorang wanita yang juga ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan yang berpangkalan di Kuala Lumpur turut ditahan bagi membantu siasatan kes sama.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan