10 Ditahan Kes Pergaduhan Bersenjata Di Lukut

08/01/2026 05:07 PM

PORT DICKSON, 8 Jan (Bernama) -- Polis menahan seorang lagi suspek pergaduhan menggunakan senjata disyaki parang di Jalan Pekan Lukut di sini pada 27 Dis lepas, menjadikan jumlah yang ditahan 10 lelaki.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian pada 8.05 malam dan kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun.

"Hasil semakan mendapati tujuh daripada suspek tersebut mempunyai pelbagai rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah. Kesemua mereka akan didakwa esok di Mahkamah Seremban dan Port Dickson,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata enam individu akan didakwa di bawah Kanun Keseksaan mengikut Seksyen 326, 427 dan 323 manakala empat lagi dijadikan saksi.

Sebelum ini media melaporkan polis menahan sembilan lelaki disyaki terlibat dengan kes pergaduhan di Lukut dalam tempoh 24 jam selepas kejadian.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan