PUTRAJAYA, 8 Jan (Bernama) -- Seorang bekas Panglima Tentera Darat dan dua isterinya tiba di Kompleks Mahkamah Majistret di sini bagi urusan reman untuk membantu siasatan kes rasuah membabitkan rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).
Mereka tiba di pekarangan kompleks mahkamah berkenaan menaiki sebuah van dan kereta milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 10 pagi.
Ketiga-tiga individu, yang memakai baju lokap SPRM berwarna oren, kemudian dibawa memasuki kompleks mahkamah oleh pegawai SPRM.
Lelaki itu bersama kedua-dua isterinya ditahan pada 7 malam semalam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini.
Pada 23 Dis lepas, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.
Pada Selasa, SPRM menahan reman 17 pengarah syarikat yang disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan TDM.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial