Polis Tahan Lelaki, Rampas Cecair Disyaki Syabu

04/01/2026 08:59 PM

BUKIT MERTAJAM, 4 Jan (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki dan merampas 4,550 mililiter cecair disyaki syabu bernilai RM45,500 dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Minyak, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmi Aris berkata serbuan dijalankan pada 10.20 malam selepas polis bertindak atas maklumat dan risikan berkaitan pengedaran dadah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan dalam rumah, polis menjumpai 130 unit katrij vape setiap satu berisi cecair syabu. Kesemua dadah itu diangggarkan boleh digunakan 300 penagih," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata hasil risikan mendapati kegiatan pengedaran itu aktif sejak dua bulan lepas bagi pasaran tempatan.

Helmi berkata polis turut menyita dua kereta dan sejumlah barangan kemas kesemuanya bernilai RM429,500.

"Lelaki berusia 45 tahun berkenaan negatif terhadap dadah, namun mempunyai 10 rekod lampau berkaitan dadah. Dia kini direman hingga 10 Jan ini untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan