Kanak-kanak 12 Tahun Hilang Kerana Merajuk Selamat Pulang Ke Rumah

24/12/2025 09:02 PM

JOHOR BAHRU, 24 Dis (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki 12 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Bukit Indah di sini kerana merajuk selamat pulang ke rumah petang tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan berkata laporan kehilangan dibuat bapa kanak-kanak itu yang berusia 47 tahun pada 10.46 pagi semalam.

“Kanak-kanak itu dipercayai meninggalkan rumah selepas merajuk dengan ibu bapanya kerana tidak dibenarkan bermain iPad,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak itu dipercayai bersembunyi di sebuah rumah kosong berhampiran rumah keluarganya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan