MUAR, 22 Dis (Bernama) -- Seorang warga emas mengalami kerugian sebanyak RM399,832 selepas ditipu oleh satu sindiket ‘phone scam’ yang mendakwa mangsa terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata kejadian bermula apabila mangsa, seorang pesara berusia 67 tahun, menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai ejen insurans, pegawai polis dan pendakwaraya.
Beliau berkata mangsa diminta membuat laporan polis secara dalam talian serta membuka akaun bank baharu untuk siasatan Bank Negara, selain diarahkan memindahkan sejumlah wang hampir RM400,000 ke akaun berkenaan.
“Selepas transaksi dilakukan, dia sekali lagi diminta membuat pindahan wang sebagai jaminan dan untuk caj peguam. Mangsa mula curiga setelah menyemak akaun baharunya apabila mendapati wang miliknya berkurangan, tinggal berbaki RM168 sahaja.
“Laporan polis telah dibuat dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Raiz turut menasihatkan orang ramai yang mengetahui modus operandi penipuan dalam talian supaya memberi peringatan kepada ahli keluarga.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial