KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Polis sudah merakam keterangan enam saksi bagi membantu siasatan kes amang seksual melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, di sebuah sekolah di Kampung Pandan, di sini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya turut menjalankan siasatan berhubung kemungkinan ada murid lain yang menjadi mangsa.
“Siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan lengkap akan dirujuk kepada Pendakwa Raya dengan kadar segera untuk arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Fadil dilaporkan berkata seorang guru berusia 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan dan semakan mendapati tenaga pengajar ini tidak mempunyai rekod jenayah lampau, dan direman enam hari bermula semalam hingga Khamis depan.
Jumaat lepas, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail memaklumkan pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada Selasa, 4.16 petang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial