PGA Tahan Empat Lelaki, Rampas Hampir 1,600 Liter Air Ketum

13/12/2025 03:40 PM

KUANTAN, 13 Dis (Bernama) -- Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan empat lelaki dan merampas hampir 1,600 liter air ketum bernilai lebih RM68,000 menerusi OPS Taring Mitra di Maran, Khamis lepas. 

Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata suspek berusia antara 35 hingga 47 tahun ditahan di sebuah rumah di Felda Ulu Jempol, Bandar Pusat Jengka kerana disyaki terlibat memproses dan mengedar air ketum.

“Pemeriksaan di stor rumah itu menemukan 1,050 botol, tangki (tiga) dan tong plastik (empat) berisi air ketum.

“Siasatan awal mendapati rumah itu dijadikan lokasi memproses air ketum sebelum dipasarkan suspek di kawasan sekitar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Radzi berkata ujian air kencing semua suspek didapati negatif, namun dua daripada mereka mempunyai tiga dan empat rekod jenayah lampau.

Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan