Polis Siasat Lelaki Serah Diri Selepas Bunuh Isteri

11/12/2025 06:46 PM

BUKIT MERTAJAM, 11 Dis (Bernama) -- Polis menjalankan siasatan lanjut selepas seorang lelaki menyerah diri hari ini dan mengaku membunuh isterinya empat hari lepas di Seberang Jaya, di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata lelaki itu telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Difahamkan lelaki berusia 28 tahun itu menyerah diri di balai polis dan memaklumkan isterinya telah meninggal dunia di rumah mereka di sebuah pangsapuri di Jalan Tuna di sini.

Pemeriksaan polis menemukan mayat wanita berusia 44 tahun di sebuah bilik di rumah itu dengan kesan luka pada leher dipercayai disebabkan senjata tajam.

Mangsa yang merupakan ibu tunggal kepada lima anak berkahwin dengan suspek dua tahun lepas.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan