KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang disyaki membuat ugutan bunuh terhadap rakan sekolahnya di Gombak di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata remaja terbabit ditahan selepas polis menerima laporan daripada bapa kepada mangsa yang berusia 14 tahun.
Beliau berkata siasatan mendapati pelajar Tingkatan Tiga tersebut membuat panggilan video kepada mangsa bagi meminta wang dan dipercayai membuat ugutan bunuh dengan menunjukkan parang.
“Siasatan dijalankan mengikut Sekyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata remaja terbabit dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial