Pegawai Bank Rugi Lebih RM50,000 Terperdaya Skim Pelaburan Palsu

04/12/2025 07:55 PM

 JERTIH, 4 Dis (Bernama) -- Seorang pegawai bank di Besut kerugian RM50,692 setelah terperdaya skim pelaburan palsu kononnya daripada sebuah syarikat pengurusan dana terkemuka melalui Facebook, bulan lepas. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata mangsa berusia 57 tahun mendakwa tertarik menyertai skim pelaburan itu kerana dijanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat. 

“Mangsa memindahkan wang ke tujuh akaun bank secara berperingkat bermula 23 Nov sebelum membuat laporan polis kerana mengesyaki menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun, sebatan dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

 Beliau menasihatkan orang ramai berwaspada dengan iklan pelaburan menerusi media sosial serta membuat semakan portal Semak Mule dan laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia. 

-- BERNAMA 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan