KOTA BHARU, 30 Nov (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan memperoleh RM167,560 hasil lelongan 113 kenderaan pelbagai jenis membabitkan 114 pembida hari ini.
Pengarahnya Mohd Misuari Abdullah berkata bidaan tertinggi ialah RM15,500 melibatkan Mini Cooper diikuti motosikal Yamaha RXZ RM12,100.
“Program lelongan awam bukan sahaja untuk mengurangkan jumlah kenderaan tidak dituntut di depoh tahanan kenderaan sita tetapi langkah menjana hasil kerajaan melalui garis panduan yang sah dan berintegriti,” katanya kepada pemberita selepas lelongan awam itu di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Mohd Misuari berkata lima buah lori disita kerana membawa muatan melebihi 50 peratus dalam OPS Perang Lebih Muatan bagi tempoh dari 14 Okt hingga 27 Nov.
“Kenderaan berat seperti ini memberi risiko kepada pengguna jalan lain seperti muatan jatuh, jalan rosak, serpihan tayar berselerakan dan kegagalan brek berfungsi dengan baik,” katanya.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu sebanyak 7,472 kenderaan diperiksa dengan 2,822 notis saman dikeluarkan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial